• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Projek 5 : Institusi Pengajian Teknologi Mesra Alam Eco Park

  1. Penubuhan Institusi Pengajian Teknologi Mesra Alam Eco Park mengkhususkan tentang kajian teknologi yang berkaitan penjagaan alam sekitar.
  2. Institusi ini menempatkan makmal-makmal ujian, kawasan simulasi tertutup, pusat latihan dan juga unit perancangan.
  3. Teknologi-teknologi baru berkaitan dengan penjagaan alam sekitar akan diuji di sini terlebih dahulu sebelum dihebahkan untuk kegunaan ramai.
  4. Institusi ini akan bekerjasama dengan institusi kajian lain di seluruh dunia mengenai teknologi-teknologi yang telah dijumpai.
  5. Insitusi ini akan menggalakkan minat masyarakat ke arah penjagaan alam sekitar dengan lebih teratur apabila kajian-kajian yang dijalankan menampakkan kemudahan dan keberkesanan sistem atau teknologi hijau yang digunakan benar-benar memberi manafaat, contohnya penggunaan sistem kitar semula.
  6. Institusi ini juga akan melahirkan minat generasi akan datang untuk melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan dan sains yang memfokus ke arah penjagaan alam sekitar.
  7. Latihan akan dibuka kepada orang ramai dan kakitangan kerajaan dalam mempraktikkan kaedah-kaedah penjagaan alam sekitar. Contohnya, kursus-kursus kitar semula akan diadakan dari masa ke semasa.
  8. Penglibatan untuk projek ini termasuk:
    1. Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman
    2. Kementerian Sains dan Teknologi
    3. Badan-badan dan agensi bukan kerajaan
    4. Institusi-institusi pengajian tinggi


Projek 1 | Projek 2 | Projek 3 | Projek 4 | Projek 5