• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Projek 3: Kempen Pendidikan Alam Sekitar

  1. Kempen pendidikan tentang alam sekitar akan dijalankan di sekolah-sekolah dan juga institusi-institusi pengajian tinggi
  2. Kempen ini akan dijalankan secara bekerjasama dengan badan-badan kerajaan untuk melatih generasi muda menyayangi alam sekitar dari peringkat awal lagi.
  3. Selain memberi didikan awal tentang nilai-nilai sivik terhadap alam sekitar, kempen ini juga dapat memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai teknologi-teknologi yang membantu memelihara alam sekitar seperti teknologi solar, kincir angin, biomas dan sebagainya.
  4. Antara aktiviti-aktiviti dan program yang dimuatkan dalam kempen adalah:
    1. modul kem musim panas atau summer camp yang banyak di praktikkan di negara luar
    2. penukaran pelajar tempatan dengan pelajar negara asing atau student exchange bagi pelajar yang aktif dalam penjagaan alam sekitar
    3. pertandingan menulis esei Pena Hijau/ Green Pen
    4. lawatan ke kilang atau loji kitar semula
    5. anjuran pertunjukan bakat baru generasi muda yang bertemakan penjagaan alam sekitar dan anti-pencemaran
  5. Selain itu juga, Yayasan akan memperkenalkan model Persatuan Alam Sekitar yang boleh diadaptasikan di sekolah-sekolah sebagai salah satu kelab ko-kurikulum yang boleh disertai pelajar.
  6. Penglibatan untuk projek ini termasuk:
    1. Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman
    2. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi
    3. Sekolah-sekolah dan insitusi pengajian tingg


Projek 1 | Projek 2 | Projek 3 | Projek 4 | Projek 5