• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Projek 4 : Konsep Kediaman Hijau Green Avenue

  1. Projek ini bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan bahan-bahan binaan yang telah dikitar semula dalam sektor pembinaan yang tidak kurang mutu dan ketahanannya.
  2. Projek ini juga akan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui yang tidak mengakibatkan sebarang pencemaran atau komplikasi kepada alam sekitar seperti:
    1. penggunaan teknologi solar dan kincir angin untuk penjanaan elektrik
    2. konsep ruang dalam binaan untuk tujuan kitaran pengudaraan dan tidak menggunakan tenaga elektrik untuk penyejukan dalam bangunan
    3. penggunaan teknologi biomas untuk menggantikan penggunaan bahan bakar fosil di rumah-rumah kediaman
  3. Satu kawasan akan dipilih untuk pembinaan sebuah komuniti hijau yang mana seluruh kawasan tersebut menggunakan teknologi hijau dalam kehidupan harian, yang mana komuniti tersebut tidak mengharapkan sumber tenaga komersil seperti elektrik dan bahan bakar fosil untuk hidup.
  4. Penggunaan air dan pembuangan sampah-sarap semuanya dikitar semula menggunakan teknologi-teknologi terkini.
  5. Para pemaju dan juga kontraktor yang berminat untuk terlibat dalam projek ini akan menjadi pemaju dan kontraktor pelapis yang mendapat publisiti yang baik dari dalam dan luar negara.
  6. Penglibatan untuk projek ini termasuk:
    1. Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman
    2. badan-badan atau agensi bukan kerajaan (NGO)
    3. pemaju dan kontraktor yang berminat


Projek 1 | Projek 2 | Projek 3 | Projek 4 | Projek 5