• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

:: TAKLIMAT MENGENAI KEMPEN ANTI MINYAK MASAK RECON ::


TAJUK: Taklimat Bersama P.B.T Dan Jabatan-jabatan Kerajaan mengenai Kempen Anti Minyak Masak Recon
TARIKH: 24 September 2010
TEMPAT: Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan


SEREMBAN: Pada 24 September 2010, satu taklimat berkenaan Kempen Anti Minyak Masak Recon telah diadakan di Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan. Kempen ini akan dianjurkan oleh Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman serta ingin mendapatkan sokongan dari Menteri Besar Negeri Sembilan, Semua Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan Daerah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Sembilan untuk mengadakan satu kempen bertajuk;"Anti Minyak Masak Recon".Untuk makluman masyarakat,kami mendapati banyak syarikat yang tidak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pengutipan sisa minyak masak terpakai dan lemak yang menyalahgunakan surat sokongan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (P.B.T) yang telah diberikan kepada mereka khususnya yang giat bermula asal daripada Negeri Selangor dan pihak berkenaan telah mulai memasuki Negeri Sembilan bagi kegiatan tersebut.Dimana pada mulanya kumpulan atau syarikat ini menyatakan minyak masak tersebut dikutip untuk dijadikan biodisel tetapi malangnya mereka tidak mempunyai kilang untuk memproses minyak masak tersebut untuk dijadikan biodisel.Mereka juga menawarkan bayaran dalam bentuk wang tunai untuk membeli semula sisa mintak masak terpakai daripada premis restoren dan pengusaha makanan.Bahan minyak masak terpakai tersebut disimpan untuk dijual kepada pihak ketiga seperti kilang memproses minyak masakan semula, kilang memproses produk mandian, dan kilang memproses barangan kosmetik


Berita | Berita 1 | Berita 2| Berita 3 | Berita 4 | Berita 5 | Berita 6| Berita 7| Berita 8| Berita 9| Berita 10| Berita 11| Berita 12| Berita 13| Berita 14| Berita 15| Berita 16| Berita 17| Berita 18| Berita 19