• Menerajui Pemeliharaan Alam Sekitar Di Malaysia
  • Penyedaran kepentingan memelihara bumi
  • Memperkenalkan konsep rumah hijau
Menu Utama
Pautan

Objektif Dan Program Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman


Projek Teknologi Mesra Alam "Green Energy"-Bio Diesel B-100

Projek Bio Diesel B-100 yang pertama di Malaysia akan dilancarkan oleh Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman sempena perlantikan anak syarikatnya Arena Agro Technology Sdn Bhd pada tahun 2010. Kumpulan Arena telah membuat kajian sepanjang 5 tahun dan telah mencipta teknologi mesin yang boleh menghasilkan Bio Disel B-100 standard ASTM daripada minyak sayuran dan minyak masak kelapa sawit yang telah dipakai oleh penyediaan makanan harian. Teknologi ini adalah kaedah penghasilan yang pertama di Malaysia dengan menggunakan konsep kombinasi ciptaan sistem penyaringan sisa gris dan minyak untuk mengumpul minyak yang terpakai yang dihasilkan oleh restoran dan penghuni bersama cantuman ciptaan mesin tersendiri untuk memproses minyak bio disel yang boleh digunakan untuk semua mesin disel atau kenderaan yang berdisel.

Projek ini akan diperluaskan ke arah pencapaian misi Negara Wawasan 2020 serta misi 1Malaysia bagi tujuan pemeliharaan alam sekitar dan menghasilkan tenaga hijau sampingan "alternative green energy". Pencapaian dan visi ini adalah untuk memperluaskan teknologi hijau, memproses bahan buangan, memelihara alam sekitar dan sungai daripada pencemaran serta membuat persediaan untuk masa depan apabila sumber asli galian Negara kita menghadapi kekurangan. Projek ini akan memanfaatkan rakyat kerana bukan saja alam sekitar diperlihara, akan tetapi dengan kaedah menggunakan semula minyak masak terpakai ini dihasilkan bahan bakar bio disel yang lebih murah digunakan.

Yayasan ini akan membantu setiap negeri atau agensi kerajaan dan swasta memberikan khidmat nasihat dan bantuan membina konsep tersebut. Matlamat ini akan memberikan sumbangan yang amat besar di mana ia akan mengurangkan pencemaran saliran dan sungai tetapi juga menjimatkan kos pembelanjaan kerajaan setiap tahun untuk penyaluran skim subsidi minyak disel dibeli daripada syarikat pengeluaran minyak disel galian "forsil disel" untuk petani atau nelayan.Dengan adanya kaedah ini, kerajaan dapat memperluaskan galakkan penggunaan minyak bio disel ini kepada agensi kerajaan yang lain seperti Tentera dan Polis, dimana kenderaan berat agensi tersebut dapat menggunakan minyak bio disel dengan berleluasa.

Kaedah ini juga akan membantu mengurangkan pencemaran udara jika dibandingkan dengan minyak disel forsid di Negara kita. Dimana piawaian tahap pencemaran udara yang dihasilkan oleh mesin disel Negara kita adalah amat merbahayakan. Yayasan ini akan mempromosikan projek ini bersama kerajaan sebagai projek harta intelek oleh projek 1Malaysia ke dunia dalam perancangan visi kerajaan Malaysia.Nama mesin Bio Disel yang pertama ini akan disempurnakan oleh Tunku Syed Razman bersama Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak dinamakan "Razak 1".Sempena mengenang jasa Allahyarham Perdana Menteri Tun Abdul Razak di mana beliau telah memberikan sumbangan jasa beliau terhadap Negara Kita.

Pulang Ke Objektif Yayasan